Monday, February 16, 2009

MINGGU 5

JENIS

Ujian bakat


Ujian bakat adalah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :
• Ujian bakat berasaskan kepada kajian besar-besaran, misalnya kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota pada tahun 1930 tentang bakat mekanikal.
• Ujian bakat yang berasaskan keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tenatng prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Ujian ini lazimnya digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugas-tugas tertentu, kemasukan ke program latihan dan sebagainya.


UJIAN PENCAPAIAN
Ujian pencapaian adalah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah di ajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji. ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, ujian rujuan norma dan ujian rujukan kiteria. ujian rujukan norma dibina untuk membandingkanpencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain, yang biasanya meliputi sukatan pelajaran yang lebih luas, seperti UPSR. Ujian rujukan kiteria dibina bagi membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kiteria tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan.
3 Jenis-Jenis Penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

3.1 Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru:

  • menentukan tajuk pengajaran
  • menentukan aspek penguasaan
  • menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
  • membina soalan ujian
  • mencadangkan tindakan susulan


3.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.

Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan pelajar. penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

Bagi memastikan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diambil semasa menggubal ujian:
  1. membentuk jadual penentu ujian
  2. membina soalan
  3. mengumpul soalan secara sistematik
  4. menguji soalan melalui kajian rintis
  5. menyiapkan skema pemarkahan
3.3 Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.

Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

Ujian Prestasi

Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.

3.4 Penilaian Alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di universiti sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Sebagai contoh, pensyarah boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.


1 Penilaian Sumatif
Sebahagian besar penilaian di institusi pengajian tinggi melibatkan ujian pensel dan kertas. Penilaian ini kebiasaannya membawa peratusan yang besar terutama bagi program pra siswazah. Peratusan yang diamalkan dalam penilaian sumatif kebiasaannya berada dalam lingkungan 50% – 70%. Pemberatan penilaian sumatif bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh fakulti. Bagi menghasilkan ujian sumatif yang bermutu yang berkualiti, lima langkah perlu diambil kira seperti berikut:

• Merancang ujian
• Menggubal soalan
• Memilih dan menyelaraskan soalan
• Memprauji soalan
• Menyediakan kertas soalan

Merancang Ujian

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,
b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.

Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru:

  • menentukan tajuk pengajaran
  • menentukan aspek penguasaan
  • menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
  • membina soalan ujian
  • mencadangkan tindakan susulan

No comments:

Post a Comment